Insomaniac
Sleeping late only cause an individual to undergo aging faster than normal person. It won't effect the space and time.Why so serious?

Follow

bodohlah jugak
Posted by t on 20 May 2011
Izzi rakan serumah aku baru pulang, dia mengajak aku untuk ke Uptown. Kami bersiap dan bergerak menuju ke destinasi. Bukan apa, cadang nak cari jersi Barcelona sempena 28 May nanti. Aku bukan lah anggota Total Football seperti lelaki lain, tapi aku mengharap Manchester United kalah. Itu sahaja.Ketika mencari parking di Uptown, kami melalui satu roadblock. Uptown. Roadblock tu dah macam rutin harian. KCV plate motor si Izzi. Seorang pegawai polis muda datang memeriksa kami. IC dan lesen kenderaan diminta.

Polis : Bak IC dengan lesen.
Izzi : (memberi IC dan lesen)
Polis : Ko punye mane?
Aku : Oh. Sat. (mengeluarkan dan memberika IC)
Polis : Lesen ko mane?
Aku : Bhai, kawan saya yang bawak saya awat saya kena bagi lesen jugak?
Si polis diam tanpa bicara. Kemudian kami diminta untuk diperiksa road tax motor tersebut. Izzi membuka seat.

Polis : OK, angkut masuk dalam.
Izzi : Huh? Awat plak bang?
Polis : Road tax dah mati kan? Angkut sekarang.
Aku : Bro, plate KCV lagi. Baru keluaq takkan road tax dah mati.
Polis : Aku kate angkut, angkut je la.
Izzi : Bang, ni nak tegoq sikit naa. Lain kali baca road tax tu sampai habis la. Memang la 17 April tapi tengok la tahun dulu. 2012 kot.

Si polis diam. Datang seorang anggota polis berpangkat sarjan. Dia berasal dari utara. Mendengar loghatnya sudah kami ketahui.

Sarjan : Awat? Apa jadi kat sini?
Izzi : Dia cakap motor saya tak ada road tax. Suruh angkut dalam.

Sarjan memandang number plate motor Izzi. KCV.
Si sarjan mendekati si polis tadi.

Sarjan : Awat la hang ni bengong sangat? Plate KCV tu baru lagi. Tak payah tanya la pasai road tax kat budak budak tu. Dah, hangpa boleh jalan.
Izzi & Aku : Terima kasih tuan.


Bodoh. Lain kali buat kerja biar sampai habis. Kan tak pasal dah kena bengong. Kerja itu amanah. Lakukan dengan cara yang cermat, tulus dan betul. Insyaallah lancar la perkerjaan itu. Kan? Oh, FYI, aku memang anti polis. Tak semua, tapi majority la.